Teringat saya drama WASIAT FITRAH yang pernah ditayangkan pada tahun 2008 dahulu. 100% lokasi penggambaran dibuat di sekitar Yan, Kedah dan yang manisnya, drama ini adalah top 5 finalis Anugerah Skrin dan menang skrip terbaik (Anuar Idris), selain dari itu Rozita Che Wan dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, juga Idris Md Diah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Walaupun menang satu sahaja, saya tetap bersyukur kerana drama ini sarat dengan mesej keislaman yang saya paparkan secara subtle. Saya tidak gemar membuat drama yang straight forward kerana terlalu klise dan mudah, juga drama berbentuk melodrama yang bersepah di kaca TV. Bagi saya drama TV perlu menjadi medium alternatif untuk percambahan idea dan pemikiran, maka sebarang penghasilan drama TV sepatutnya mengajak dan membimbing penonton ke arah intelektualism. Drama TV bukan sekadar hiburan, ianya adalah salahsatu alat propaganda yang amat penting bagi menyemai nilai-nilai moral dan budaya, juga boleh sahaja meruntuhkannya sekiranya tidak dikawal. Pembikin drama kebelakangan ini kebanyakannya lebih mementingkan nilai popular, komersil dan glamour kerana ianya lebih menguntungkan di pasaran dari mengangkat karya seni yang mampu menang award tapi gagal dari segi kutipan hasil.
Pilihan di tangan kita, tapi siapa yang perlu membuat pilihan?
No comments:
Post a Comment