Sunday, June 26, 2016

Impaks

Kelebihan merekacipta sesuatu perkara adalah keistimewaan yang ada pada setiap manusia. Tetapi kelebihan ini sewajarnya dikongsi secara kolektif bagi mereka yang berkepentingan. Kita tidaklah wajar mempersoalkan nawaitu orang lain yang tidak sekepala dengan kita dalam sesuatu perkara. Inilah antara kelemahan ketara yang pasti ada pada setiap orang kerana sejujurnya kita tidak dapat menerima apa sahaja yang diperkatakan tentang penghasilan yang telah kita buat. Ego adalah sebahagian elemen penting yang ada dalam kamus hidup setiap orang, tetapi sekiranya tidak diwajarkan keberadaannya, maka kita akan lupa akan objektif kewujudan kita yang bernama manusia.

No comments:

Post a Comment