Tidak ada pengarang atau guru yang boleh mengajar anda tentang cara-cara menjadi seorang yang kreatif dan juga cara mendapat ilham atau inspirasi. Walau bagaimanapun teknik dan pendekatan secara proffesional ke arah kretiviti boleh diperolehi. Perbezaan antara seorang tukang kayu dengan pembuat kabinet hanyalah berdasarkan teknik yang digunakan. Begitu juga dengan skrip, bagaimana ianya dihasilkan hanyalah berasaskan kepada teknik dan boleh dipelajari.
Seorang guru mungkin tidak mampu memberi perhatian kepada setiap dialog yang ditulis, tetapi dia boleh membezakan dialog yang baik dan tidak baik. Dia juga tidak boleh membantu pelajarnya bagaimana mencipta plot, tetapi dia mampu menilai kekurangan dan kelemahannya. Dia juga boleh membantu pejajarnya menguasai teknik eksposisi, bagaimana membina sesuatu babak atau adegan, krisis dan klimaks. Selain dari itu ia juga mampu mengenalpasti konflik dan pembinaan watak.
Eksperimen dalam pelbagai bentuk dan teknik adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan penulis, tetapi perlu melalui disiplin tertentu. Setiap eksperimen perlu ada sebab dan objektinya. Sejak dari zaman Aristotle hingga sekarang, struktur drama adalah sama. Struktur sebuah skrip mesti mengandungi butiran berikut :
1. Plot
2. Karektor
3. Konflik
4. Krisis
5. Klimaks
6. Eksposisi
7. Dialog
Sebelum pergi lebih jauh, apa kata kita lihat sebentar beberapa istilah penting yang perlu ada bagi sebuah skrip :
Antagonis : seteru atau musuh kepada protagonist.
Anti Hero : protagonis yang serba kekurangan jika dibandingkan ciri-ciri yang sepatutnya ada bagi seorang hero.
to be continue
No comments:
Post a Comment