Sekiranya anda mempunyai telefon mudah alih atau sebarang telefon pintar, anda boleh menjadi seorang pengarah dan penyunting video sekali gus, syaratnya anda mempunyai editing software, kemudian bolehlah anda upload hasil kerja anda untuk dikongsi di dunia maya. Amat mudah!. Anda tidak perlukan skrip lengkap untuk menghasilkan `movie' seperti ini kerana anda mempunyai kebebasan mutlak untuk berkarya. Kalau `karya' anda tadi mempunyai kelainan tentunya bilangan orang yang `like' akan menjadi luar biasa, silap haribulan karya anda tadi akan diangkat dalam bentuk movie yang sebenarnya.
Gunakan peluang ini, asah bakat anda, lama-kelamaan akan jadi kebiasaan dan menjadi mudah. Anda tidak perlu ke universiti untuk jadi pengarah yang hebat. Tetapi harus diingat, apa yang anda kerjakan itu tidak semestinya dimanfaatkan oleh orang lain, kerana orang lain juga mempunyai kebolehan yang lebih kurang sama. Anda harus menjadi hebat untuk berada di kedudukan yang hebat.
No comments:
Post a Comment