Saturday, April 26, 2014

Eksperi-mental

Eksperimen adalah kata pinjaman dari perkataan inggeris. Maksudnya jelas dan difahami semua orang. Maka, oleh kerana sifatnya yang berbentuk eksperimen, ianya menjadi lesen besar kepada karyawan yang terlibat dalam kerja-kerja kreatif, matlamat menghalalkan cara.

Maka, terhasillah produk `eksperimental' setengahnya berhasil kerana memang ianya `bereksperimental' tetapi sebahagian besarnya gagal kerana mereka tidak memahami konsep dan ruang lingkup yang dikatakan eksperimen. Hasilnya lahirlah produk kalut yang syok sendiri, tapi masih mengguna pakai teori dan prinsip kreatif yang sedia ada, kemudian mempertahankanya seolah-olah ianya satu kerja eksperimental.

Analoginya mudah, kita mesti tahu dan mesti menjadi `master of the game' bagi setiap produk kreatif yang dihasilkan dan kemudiannya layak menjadi `inventor/author' kepada eksperimen yang dimaksudkan.

Wahai `karyawan' yang kononnya tahu segalanya, pastikan lesen besar yang anda bawa itu mempunyai `nilai kreatif' yang ada integriti dan nilai proffesionalism.

No comments:

Post a Comment