Bila saja mahu berbicara tentang cerita dan penceritaan serta struktur, seringkali kita dikelirukan oleh persepsi yang tidak mempunyai asas, semuanya berdasarkan andaian. Kreativiti tidak mempunyai sempadan, ianya berada di mana sahaja dan dikongsi oleh sesiapa sahaja yang mahu. Lesen besar karyawan ini selalunya dimanfaatkan sepenuhnya atas nama kreativiti.
Tetapi berapa kerat yang memahami disiplin kreativiti? sedangkan alam yang kita huni ini pun mempunyai disiplin yang tidak pernah berubah, apatah lagi hasil karya yang nilainya tak seberapa, malah tidak berbekas pun di hati manusia lain, sewajarnya lesen kreatif itu perlulah dilihat kembali secara kerap.
Adakah kerana kebodohan atau kedunguan terhadap prinsip asas kejadiannya ataupun kerana sifat ego yang menguasai minda yang kosong dengan maklumat? Setiap kita mempunyai jawapannya. Maka tidak perlu berkokok dan meludah hasil karya yang kononnya tidak ada apa-apa, sedangkan beban yang di bawa itupun sebenarnya dicanai oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment