Saturday, January 17, 2015

Bila Betul adalah Salah

Kadang-kadang bila bercakap betul mengenai perkara yang betul, ada pula yang tampil mengatakan ianya satu kesalahan, begitulah sebaliknya. Mempertahankan tindakan yang betul tetapi berada dalam situasi yang betul juga kadang-kadang dianggap juga melakukan kesalahan. Bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya begitulah.

Kenapa kambing dan hujan begitu sinonim? adakah kerana hujan kambing akan mati? Kambing yang busuk pun dagingnya dimakan, setelah dimomokkan dengan pelbagai keburukan!. Benarlah manusia ini sememangnya bodoh kalau akal letaknya di tapak kaki. Kebodohan yang diwarisi berzaman kerana keakuan yang melulu dan kedunguan berbondong kepatuhan melulu kepada peraturan yang lapuk kerana aturannya begitu, adalah nilai akal yang amat daif.

Maka, tidak hairanlah akan muncul pelbagai gerombolan yang berlumba mendambakan khidmat untuk mencari yang terbaik antara mereka, tanpa menyedari segala tingkah adalah paksi kepada kedunguan yang dibawa sejak berzaman. Janganlah disalahkan gerombolan lain yang gagal memacu khidmat, kerana kejujuran mereka selalunya disalaherti dengan dendam kesumat untuk menyaksikan mereka terkubur dan hilang seperti puing. 

Amat sedih, apabila kejujuran dikatakan fitnah, apabila kebenaran dikatakan kedurjanaan, apabila kebaikan dikatakan tingkah khianat. Memang manusia dilahirkan untuk menganiayai manusia lain?

No comments:

Post a Comment