Wednesday, January 14, 2015

Retrospektif

RTM adalah stesen pertama menerbitkan drama TV, setahun selepas siaran TV bermula iaitu pada 28 Disember 1963. Drama pertama bertajuk MEMBILANG BINTANG karya NORZAH diterbitkan oleh AZIZ WOK (Penghujung 1964).

Drama lain yang diterbitkan selepas itu ialah TIGA DARA, POTRET PEKERTI, JIRAN, INSPEKTOR SHEKAR, DRAMA MINGGU INI, OPAH, EMPAT SEKAWAN, KELUARGA, PJ, SANTAN BERLADA, CITRANEKA, ANJANG AKI, TOK PERAK, PANGGUNG RTM DAN BANYAK LAGI.

Penerbitan drama dalam bentuk warna ialah pada 23 April 1983 dengan drama bertajuk KECOH karya NURHALIM ISMAIL, diterbitkan oleh MOHD YUSOF RASHID.

Zaman gerhana penerbitan drama RTM bermula bila kerajaan melaksanakan dasar membantu industri filem yang malap dengan melancarkan konsep penerbitan drama swasta yang dibeli untuk siaran RTM pada tahun 1987.

Berikutan dengan dasar tersebut, penerbitan drama RTM secara perlahan hilang keunggulannya dan tenggelam dalam lambakan drama swasta. Slot tetap dan utama seperti Drama Minggu Ini dan Slot Khas Panggung RTM juga hilang. Penerbit dan pengarah bertukar unit atau bahagian dan ada yang pencen dan tiada pengganti berkaliber. Karyawan seperti penulis skrip dan pelakon beralih arah kerana peluang berlakon dengan penerbitan RTM semakin kurang berikutan pengecilan operasi penerbitan.

No comments:

Post a Comment