Bleber C Keet
hati-hati dengan apa sahaja yang anda fikirkan
Sunday, June 26, 2016
Impaks
Kelebihan merekacipta sesuatu perkara adalah keistimewaan yang ada pada setiap manusia. Tetapi kelebihan ini sewajarnya dikongsi secara kolektif bagi mereka yang berkepentingan. Kita tidaklah wajar mempersoalkan nawaitu orang lain yang tidak sekepala dengan kita dalam sesuatu perkara. Inilah antara kelemahan ketara yang pasti ada pada setiap orang kerana sejujurnya kita tidak dapat menerima apa sahaja yang diperkatakan tentang penghasilan yang telah kita buat. Ego adalah sebahagian elemen penting yang ada dalam kamus hidup setiap orang, tetapi sekiranya tidak diwajarkan keberadaannya, maka kita akan lupa akan objektif kewujudan kita yang bernama manusia.
Wednesday, June 22, 2016
Barakah
Hidup barakah menjadi idaman setiap manusia. Setiap orang mempunyai `password' ke arah itu, tetapi amat malang, kita selalu abaikan peluang itu kerana desakan dan bisikan yang mengotori minda bawah sedar. Selalunya kita sedari bila peluang berbaki hanya tinggal sedikit untuk kembali ke pangkal jalan. Maka dalam kesempatan yang terhad ini, marilah kita kembali kepadanya.
Saturday, January 17, 2015
Bila Betul adalah Salah
Kadang-kadang bila bercakap betul mengenai perkara yang betul, ada pula yang tampil mengatakan ianya satu kesalahan, begitulah sebaliknya. Mempertahankan tindakan yang betul tetapi berada dalam situasi yang betul juga kadang-kadang dianggap juga melakukan kesalahan. Bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya begitulah.
Kenapa kambing dan hujan begitu sinonim? adakah kerana hujan kambing akan mati? Kambing yang busuk pun dagingnya dimakan, setelah dimomokkan dengan pelbagai keburukan!. Benarlah manusia ini sememangnya bodoh kalau akal letaknya di tapak kaki. Kebodohan yang diwarisi berzaman kerana keakuan yang melulu dan kedunguan berbondong kepatuhan melulu kepada peraturan yang lapuk kerana aturannya begitu, adalah nilai akal yang amat daif.
Maka, tidak hairanlah akan muncul pelbagai gerombolan yang berlumba mendambakan khidmat untuk mencari yang terbaik antara mereka, tanpa menyedari segala tingkah adalah paksi kepada kedunguan yang dibawa sejak berzaman. Janganlah disalahkan gerombolan lain yang gagal memacu khidmat, kerana kejujuran mereka selalunya disalaherti dengan dendam kesumat untuk menyaksikan mereka terkubur dan hilang seperti puing.
Amat sedih, apabila kejujuran dikatakan fitnah, apabila kebenaran dikatakan kedurjanaan, apabila kebaikan dikatakan tingkah khianat. Memang manusia dilahirkan untuk menganiayai manusia lain?
Wednesday, January 14, 2015
Retrospektif
RTM adalah stesen pertama menerbitkan drama TV, setahun selepas siaran TV bermula iaitu pada 28 Disember 1963. Drama pertama bertajuk MEMBILANG BINTANG karya NORZAH diterbitkan oleh AZIZ WOK (Penghujung 1964).
Drama lain yang diterbitkan selepas itu ialah TIGA DARA, POTRET PEKERTI, JIRAN, INSPEKTOR SHEKAR, DRAMA MINGGU INI, OPAH, EMPAT SEKAWAN, KELUARGA, PJ, SANTAN BERLADA, CITRANEKA, ANJANG AKI, TOK PERAK, PANGGUNG RTM DAN BANYAK LAGI.
Penerbitan drama dalam bentuk warna ialah pada 23 April 1983 dengan drama bertajuk KECOH karya NURHALIM ISMAIL, diterbitkan oleh MOHD YUSOF RASHID.
Zaman gerhana penerbitan drama RTM bermula bila kerajaan melaksanakan dasar membantu industri filem yang malap dengan melancarkan konsep penerbitan drama swasta yang dibeli untuk siaran RTM pada tahun 1987.
Berikutan dengan dasar tersebut, penerbitan drama RTM secara perlahan hilang keunggulannya dan tenggelam dalam lambakan drama swasta. Slot tetap dan utama seperti Drama Minggu Ini dan Slot Khas Panggung RTM juga hilang. Penerbit dan pengarah bertukar unit atau bahagian dan ada yang pencen dan tiada pengganti berkaliber. Karyawan seperti penulis skrip dan pelakon beralih arah kerana peluang berlakon dengan penerbitan RTM semakin kurang berikutan pengecilan operasi penerbitan.

Sunday, January 11, 2015
Jangan Komplen
Apabila mentaliti menjadi liberal, segala perbuatan seolah-olah dihalalkan. Segala teguran dikatakan nista dan perlu diambil kira, maka alpa yang seketika menjadi kebanggaan tidak terkira. Betapa bodohnya angkara siapa, maka peduli apa, persetankan teguran yang cacamerba, bukankah meerkat yang punya kerja. Maka, mari kita ramai-ramai mencari dan memilih siapa yang patut dipersalahkan.
Saturday, January 3, 2015
Tulis jangan berhenti menulis
Neurologists have found that changes in a specific area of the brain can produce hypergraphia-the medical term for an overpowering desire to write (Alice W.Flaherty wrote in her book THE MIDNIGHT DISEASE).
Rasanya memang betul. Pasal itulah saya kembali menulis setelah sekian lama berhenti. Banyak perkara hendak ditulis tetapi hari ini saya sekadar menulis nota ini. Maka jika kelapangan, sering-seringlah berkunjung ke laman ini. Laman ini khusus untuk perkongsian idea dan maklumat yang mungkin berguna untuk semua.

Friday, January 2, 2015
Bark! Bark! Bark! like a dog
15 March 2014 at 11:25
It's really difficult to be ourself these days. A lot of expectation coming through but just passing by. Do we have to change our characteristic? do we? we are what we are, don't presume anything if you really don't know even a bit of ours. Don't bark around just to justify your action, just think of ourself, is it worth it or not. Don't make people fed up for your past and silly mistakes, and don't just cover up with your sweet tongue with your black heart, i'm not angry but pretend to, with bahasa people never understood then i'm writing with broken english just to make you feel comfortable with your dream..go on...sail on with your thought..bon voyage.

Subscribe to:
Comments (Atom)